Unit ICT SK PADANG CHANGKAT
MUHAMMAD AZRI BIN AMIR
KETUA PANITIA RBT
AHMAD KAMAL BIN ABD KHALIP
GURU BESAR
NURSYAHRI FAIZAL BIN
AHMAD MOKHTAR
PEN. KANAN PENTADBIRAN
NURUL SYUHADA BINTI ABDULLAH
PENYELARAS ICT
PHOON SZE NEE
PENYELARAS KBAT
SKPC CYBERBUDDIES PROGRAMME
Pengenalan
1. Apa itu Program Cyberbuddies?
Program Cyberbuddies merupakan salah satu program yang terdapat dalam Pelan Strategik SK Padang Changkat. Perkataan “Bud” bermaksud tunas dalam bahasa Inggeris, dan perkataan “Buddies” bermaksud teman atau rakan. Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang belum atau tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer melalui bantuan rakan sekolah.
2. Bagaimanakah program ini dilaksanakan?
Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di SK Padang Changkat telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah komputer riba. Setiap murid dikehendaki log masuk ke akaun DeLima mereka di dalam komputer riba yang disediakan dan mendaftarkan profil mereka. Ini dapat membantu mengatasi masalah murid tidak mengingati alamat emel atau kata laluan DELIMa yang diberikan. Ini juga memudahkan akses ke laman sesawang atau platform lain seperti Google Classroom, Quizizz dan Canva.
3. Adakah program ini merupakan program berterusan?
Ya. Program Cyberbuddies merupakan program yang berlangsung sepanjang tahun bagi meningkatkan peratus penggunaan ICT dalam kalangan murid di SK Padang Changkat.
Objektif
Sasaran
Semua murid
Tahun 1-Tahun 6 SKPC
Tempoh Pelaksanaan
Sepanjang tahun
Penglibatan
Semua guru dan murid Tahun 1- Tahun 6
SKPC
JADUAL PENGGUNAAN DELIMa
TAHUN 2024/2025
7:45- 8:15 | 8:15- 8:45 | 8:45- 9:15 | 9:15- 9:45 | 9:45- 10:15 | 10:15- 10:35 | 10:35- 11:05 | 11:05- 11:35 | 11:35-12:05 | 12:05- 12:35 | 12:35- 1:05 | 1:05- 1:35 | |
ISNIN | PI T5 | PI T5 | BI T1 | BI T1 | BI T2 | BI T2 | BI T4 | BI T4 | ||||
SELASA | SN T4 | SN T4 | MT T3 | MT T3 | BM T1 | BM T1 | SN T2 | SN T2 | ||||
RABU | BI T5 | B1 T5 | RBT T4 | RBT T4 | BI T6 | BI T6 | ||||||
KHAMIS | MT T1 | MT T1 | SEJ T5 | SEJ T5 | BM T3 | BM T3 | BM T6 | BM T6 | ||||
JUMAAT | SN T6 | SN T6 | BM T2 | BM T2 | BA T3 | BA T3 |
JADUAL PROGRAM CYBERCHALLENGE
TAHUN 2024/2025
Bulan | Panitia | Program |
mAC | Bahasa Inggeris | Cyberbuddies Workshop |
april | Pendidikan Islam | Kuiz Ihya Ramadan USTP Perak Tengah |
mei | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | Kuiz PJPK |
jun | Bahasa Melayu | |
julai | Bahasa Arab | |
ogos | Sejarah | |
september | Bahasa Inggeris | |
oktober | Matematik | |
november | Reka Bentuk & Teknologi | |
disember | Sains | |
januari | Muzik | |
FEBRUARI | Seni |
Semakan ID DELIMa Murid
SKPC CYBERBUDDIES WORKSHOP
12 MAC 2024
Unit ICT sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris telah melancarkan SKPC Cyberbuddies Programme bagi meningkatkan kemahiran asas komputer dan Internet di kalangan murid-murid SKPC.
Pada 12 Mac 2024, semua murid Tahun 2- Tahun 6 telah bersama-sama mengenali komponen di dalam komputer dan Internet sebelum belajar cara-cara log masuk ke akaun DeLima dan Google Classroom masing-masing.
KUIZ IHYA RAMADAN
RAMADAN/APRIL 2024
Semua murid Tahun 3- Tahun 6 telah mengambil bahagian dalam Kuiz Ihya Ramadan yang telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan Daerah Perak Tengah. Tahniah kepada semua murid yang telah menjawab.
KUIZ PJPK
MEI 2024
Semua murid Tahun 1- Tahun 6 telah menjawab soalan Quizizz PJPK yang telah dianjurkan oleh Panitia PJPK dengan kerjasama Unit ICT sekolah.
Hubungi Kami
Hak Cipta Terpelihara SK Padang Changkat
Tarikh Kemaskini: 2 Jun 2024
Dibina oleh: Unit ICT SKPC, Nurul Syuhada Abdullah, Nursyahri Faizal 11in Ahmad Mokhtar, Norhazlinna binti Samsuri, Phoon Sze Nee